28/01/14

Nama domain dan hosting

Hai semua aku nak share kan cara nak buat nama domain&hosting,ini adalah langkah penting,bagi memulakan perniagaan,dan membina jenama kita di internet.jadi kita tidak akan di bayangi oleh pemilik asal produk apabila kita menjual produk yang mempunyai lesen jualan semula,

NAMA DOMAIN:
nama domain adalah jenama kita,malah,ramai usahawan internet malaysia dikenali menerusi nama domain mereka di internet,contohnya,ZUL dengan smartusaha.com,SHUTH melalui wangcyber.com,dan amirol dengan usahaniaga.com,jutawan internet,irfan khairi juga membuat jenama dengan nama beliau,sendiri iaitu irfankhairi.com.ini memudahkan orang mengenali diri kita dan perniagaan kita.mereka ini mencipta jenama dengam nama domain perniagaan mereka,jadi kita perlu memilih satu nama domain yang akan menjadi jenama perniagaan kita,kita boleh jadikan mereka yang berjaya sebagai role model (model teladan) bagi perniaagan internet kita.
Ada 17 jenis top level domain (TLD) bagi nama domain yang dapat di pilih.antaranya,.com, .net, .biz, dan .org, bagi kegunaan perniaagan kita, kita dapat melihat harga dan TLD yang sesuai dengan kita.penulis menyaran supaya kita memilih domain pengakhiran dot com (.com) bagi memudah kan penjenamaan perniagaan kita kelak.
Apabilah memilih nama domain ,elakan dari menggunakan nama domain yang mengelirukan seperti songket2u.com.pelaggan kita akan terkeliru dengan nama domain yang hampir serupa seperti songkettoyou.com, songkettwoyou.com, songket2you.com,ataupun songkettou.com,mengelirukan bukan?bunyinya seakan sama tetpi ejaan berlainan. Begitu juga penggunaan perkataan '4u'. Elakan daripada memilih nama domain sebegini.lebih mudah sekiranya kita memiliki nama domain seperti songketmurah.com, kerana nama ini mudah diingati dan menarik,pengguna domain,yang mengandungi nombor bersama huruf juga kedengaran agak janggal dan mengelirukan apabilah diiklankan menerusi radio ataupun media yang berasaskan audio,
Apabila kita menggunakan nama domain seperti songketmurah.com, mereka yang inginkan songket pada harga yang murah pasti akan terus ke laman web ini kerana sudah dinyatakan menerusi nama domain perniagaan internet kita,ini strategi yang berkesan bagi menarik minat pembeli.pastikan produk yang ditawarkan di laman web kita lebih murah ataupun menyamai harga pasaran.kita boleh dapatkan pembekal ataupun pengeluar yang dapat memberikan harga yang lebih murah kepada kita sekiranya kita dapat menghasilkan produk sendiri,itu lebih baik kerana mengurangkan kebergantungan pada entiti perniagaan yang lain dan meningkatkan keuntungan.
Jangan terpengaruh dengan cara MAYBANK yang menggunakan nama domain maybank2u.com. Maybank adalah syarikat besar dan mempunyai modal iklan yang besar bagi membentuk jenama maybank2u.com. Kita adalah usahawan kecil. Pilih nama domain yang sesuai dan membantu kita membina jenama kita dalam perniagaan internet.
Pengguna nama domain yang menggabungkan huruf dan nombor agak mengelirukan apabila di sebut.ini menyukarkan jenama perniagaan kita di ingati dan di pasarkan melainkan kita mempunyai bajet pengiklanan yang besar.selain itu, eugene yeng dalam buku KILLER INTERNET CASHFLOW STRATEGIES menyatakan penggunaan nama domain yang mengandungi kata kunci produk yang di jual juga membantu dalam keputusan carian di search engine utama seperti google,yahoo!, dan bing.
Nama domain yang mempunyai kata kunci produk dapat membantu penjenamaan dan memudahkan laman web kita tersenarai di search engine hari ini.teknologi enjin carian hari ini
Cenderung kepada menghasilkan keputusan carian yang lebih tepat dan releven dengan apa yang di cari oleh pengguna.
Contoh yang di lakukan penulis adalah menggunakan nama domain panduanbinablog.com sebagai domain perniagaan yang menjual panduaan membina blog wordpress. Produk ini mempunyai lesen jualan.jadi penulis dapat membina jenama penulis sendiri menerusi nama domain itu.
Apa bila kita menjumpai nama domain yang sesuai.beli dengan segera supaya nama itu tidak di beli oleh orang lain.nama domain adalah unik bagi setiap extension.sekiranya nama ini sudah dimiliki,kita tepaksa mencari nama domain yang lain.

HOSTING:
Hosting juga adalah antara faktor penting dalam perniagaan internet.kita perlu mengelakan diri dari pada menggunakan syarikat hosting yang mempunyai rekod lampau yang buruk seperti sering kali mengalami masalah server dan juga khidmat pelanggan yang lambat.kita dapat mencari maklumat berkenaan syarikat penyedia hosting pilihan kita di internet.pastikan orang bercerita mengenai hosting yang digunakan oleh mereka sama ada mempunyai prestasi yang baik ataupun tidak.pilih hosting yang menawarkan harga berpatutan dan mempunyai khidmat pelanggan yang cepat.kita dapat mengujinya dengan cara menghantar e-mail ataupun sms pertanyaan kepada mereka.sekiranya mereka membalas e-mail ataupun sms kita dalam masa 24 jam,ini petunjuk yang hosting ini cekap dalam khidmat pelanggan.
Langkah ini penting supaya segalah masalah yang akan di hadapi dapat di selesaikan dalam masa yang singkat.masa itu emas.apabila.syarikat hosting melengah-lengahkan masa bagi membantu kita,mereka adalan hosting yang perlu dielakkan.

Pihak penyedia hosting biasanya menawarkan pekej yang pelbagai dengan harga yang berbeza. Pastikan harga yang ditawarkan mampu kita bayar. Harga hosting biasanya di antara RM50 ke  ratusan ringgit setahun.ada juga pihak hosting mengenakan bayaran berdasarkan caj bulanan.kita juga dapat bertanya di forum berkaitan prestasi syarikat hosting yang ingin di gunakan.ini kebanyakn usahawan
Internet menggunakan perkhidmatan hosting daripada syarikat hosting yang berlainan.jadi,mereka tahu dan mempunyai pengalaman berurusan dengan syarikat hosting.
Terpulang sama ada ingin menggunakan hosting dari malaysia ataupun luar negara.syarikat hosting dari malaysia juga menawarkan perkhidmatan yang bagus.malah,penulis sendiri menggunakan syarikat hosting dari malaysia bagi perniagaan
Yang menyasarkan pasaran di malaysia.biasanya kadar hosting
Syarikat malaysia lebih murah dan berpatutan. Kita juga dapat bertanya dalam bahasa malaysia Kepada mereka apabila mengalami masalah. Sekiranya fobia dengan bahasa inggeris,gunakan perkhidmatan hosting dari malaysia.secara tidak langsung,kita menyokong produk dari malaysia! Langkah ini memudahkan kita apabila ada sebarang masalah teknikal yang mungkin berlaku.namun,masalah jarang berlaku apabila syarikat itu bagus dan cekap.antara masalah yang mungkin terjadi adalah alamat IP disekat,server down, laman web digodam, serangan cyber, dan sebagainya. penyedia hosting sepatutnya melindungi kita daripada sebarang masalah yang mungkin menjejaskan perniagaan.

Itu saja dari saya pada hari ini semoga membantu anda untuk terus maju dalam perniagaan internet okey.:-) terima kasih kerana mengunjungi blog aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan